Peta minda mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah :
1. Mudah melihat perkaitan antara satu perkara dengan perkara yan lain
Apabila anda melakar peta minda, secara tidak langsung anda telah
membuat banyak perkaitan hanya dengan satu kata kunci. Semuanya
berhububg kait sekaligus memudahkan anda untuk lebih ingat dan
menghafal.
2. Mudahkan pemahaman
Berdasarkan ayat-ayat dari buku dan bahasa-bahasa yang digunakan
telah membuatkan anda pening untuk lebih memahami isi yang terkandung
didalamnya. Namun, melalui peta minda ini ianya dapat membantu anda
untuk lebih memahami dengan mendalam. Ini kerana, peta minda hanya
menggunakan satu kata kunci dan memberikan cabang pemahaman yang lebih
mudah maksudnya.
3. Mudah dibawa dalam poket
Buku teks yang berat dan banyak mungkin menyukarkan anda untuk kehulu
hikir membawanya walaupun telah diletakkan secara baik dalam bag galas.
Tanpa anda sedar, melalui peta minda yang hanya dibuat disekeping
kertas A4, telah memudahkan anda membawa nota yang anda perkukan ke sana
sini. Senang dibawa dalam poket dan ringan.
4. Sangat baik untuk buat rumusan topik.
Agak sukar untuk anda membuat rumusan bagi 1 topik yang terkandung di
dalam buku dan disimoan dalam memori minda. Namun, peta minda dapat
menjadikan rumusan topik menjadi lebih ringkas dan padat. Ianya
memberikan impak yang sangat baik kepada memori minda anda.
5. Menjimatkan masa ulangkaji
Adanya peta minda yang lebih ringkas dan mudah, ianya membantu
menjimatkan masa anda untuk mengulangkaji pelajaran. Apabila adanya sesi
ulangkaji, anda tidak perlu mengeluarkan nota yang panjang lebar dengan
isi kandungan yang belum pasti memberikan inout yang sangat berguna
Oleh yang demikian, melalui peta minda ia membantu dalam menjimatkan
masa serta memudahkan anda dalam mengulangkaji.
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق