- Apabila seseorang terlalu banyak menggunakan kata kunci/ gambar kunci (key word/ key image), kode (asosiasi) akan hanya difahami oleh si pembuat, maka orang lain akan mengalami kesukaran untuk memahaminya. Hal ini kerana peta minda digalakkan hanya untuk simpanan peribadi agar pembuatnya mudah untuk mengingat dan menghafal.
- Cara berpikir seseorang akan menjadi divergen dan perkara ini boleh menjadi kelemahan dan juga sekaligus kekuatan. Kelemahan kerana ia akan menjadi kurang fokus pada satu masalah. Kekuatan kerana ia terus akan menghasilkan idea dari apa yang ada di atas nota dan menambahkan buah fikiran baru yang muncul di kepalanya (otak kanan). Oleh itu, perlu untuk si pembuat melatih dirinya agar dia boleh fokus untuk menganalisis (otak kiri) iaitu kelogikan idea-idea yang telah muncul, daripada satu cabang peta minda.
- Pembuatan peta minda mekan masa kerana pembuat memerlukan 2-3 kali lakaran ulangan agar peta minda yang dihasilkan nampak lebih tersusun dan menarik untuk dibaca termasuklah pembuat perlu memikirkan tentang penggunaan kertas, kaler warna, dan corak penghasilan peta kecuali sekiranya menggunakan program yang disediakan dalam komputer seperti FreeMind, MindManager, dan SmartArt.
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق